Thursday, August 27, 2009

Manusia wajib mengenal Allah,Tuhan Pencipta Alam.




Manusia adalah sebaik-baik ciptaan yang dianugerahkan oleh Allah dengan akal fikiran yang mana dengan akal fikiran itulah manusia dapat mengenali tuhan mereka dengan lebih dekat.Tanpa makrifatullah (mangenal Allah SWT),tidak mungkin seseorang itu dapat mengabdikan diri kepada Allah dengan penuh rasa hina dan ikhlas kepada-Nya.

Mengenal Allah bermaksud mengenal Allah dengan hati yang berakibat kepada penerimaan syariah yang ditetapkan-Nya,ketundukan dan kepatuhan kepada-Nya,serta sikap menjadikan syariahNya yang dibawa oleh RasulNya s.a.w sebagai penentu hukum.

Seseorang hamba itu boleh mengenali Allah dengan memperhatikan ayat-ayat yang terdapat dalam kitabullah dan sunnah Rasululah s.a.w. serta memerhatikan ayat-ayat kauniyah yang terdapat pada makhluk-makhluk Allah,kerana semakin seseorang itu memperhatikan,maka semakin bertambah pengetahuannya tentang penciptaNya.

Mari kita renungkan ayat-ayat dan kata-kata dibawah:

Firman Allah:”Dan dibumi terdapat tanda-tanda(kekuasaan Allah) bagi orang-orang yakin.Dan (juga) pada dirimu sendiri.Maka apakah kamu tiada memperhatikan?” (Adz-Dzariyat:21)

Apabila anda ditanya,siapakah Rabbmu?Maka jawablah:Rabbku adalah Allah yang telah mentarbiyah diriku dan mentarbiyah seluruh alam dengan nikmat-nikmatnya.Hanya kepadaNya aku beribadah,dan aku tidak beribadah kepada selainNya.Dalilny adalah firman Allah Taala:”Segala puji hanya milik Allah,Tuhan semesta Alam.(Al-Fatihah:2).Segala sesuatu selain Allah adalah alam,sedangkan aku adalah salah satu dari alam tersebut.

Jadi,seluruh alam ini telah ditarbiyah oleh Allah dengan nikmat-nikmatnya,telah diaturnya supaya siap menjalani tujuan penciptaannya dan ditolongnya dengan rezekiNya.Allah telah menciptakan,menyiapkan dan menolongmu,serta member rezeki kepadamu.Maka Dialah satu-satunya yang berhak diibadahi.

Terdapat beberapa sebab yang menjadikan seseorang mengenal Allah:

1.Memperhatikan dan memikirkan makhluk-makhluk Allah.
Hal ini menjadikan seseorang mengenalNya serta mengenal keagungan kekuasaanNya,kesempurnaan kekuatanNya,kebijaksanaanNya dan rahmatNya.

Firman Allah Taala:



“Dan apakah mereka tidak memperhatikan kerajaan langit dan bumi,serta segala sesuatu yang diciptakan Allah…? (al-A’raf:185)

“Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi,serta silih bergantinya siang dan malam,terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang berakal.” (Ali Imran:190)

Disini disebutkan beberapa ayat yang bersifat kauniyah iaitu:

Pertama,Allah telah mencipta makhluk-makhluk besar ini dalam tempoh 6 hari.Andaikata Allah menghendaki,nescaya dapat menciptakannya dalam sekejap,tetapi dia mengkaitkan musabab dengan sebab-sebabnya sesuai dengan tuntutan kebijaksanaannya.

Kedua,Allah menutup malam kepada siang.Ertinya Allah menjadikan malam sebagai penutup kepada siang.

Ketiga,Allah menjadikan matahari,bulan dan bintang-bintang tunduk kepada perintahNya.

Keempat,keumuman rububiyahNya untuk seluruh alam.

2.Memperhatikan ayat-ayat sya’riah iaitu wahyu yang dibawa oleh para rasul.Ia perhatikan ayat-ayat tersebut beserta kemaslahatan-kemaslahatan yang terkandung di dalamnya.Jika telah diperhatikan dan difikirkan ayat-ayat tersebut berserta ilmu dan hikmah yang dikandungnya serta telah mengetahui kesesuaiannya dengan kemaslahatan-kemaslahatan,maka dia akan mengenal tuhannya.

“Maka apakah mereka memperhatikan Al-Quran?Kalau kiranya Al-Quran itu bukan dari sisi Allah,nescaya mereka mendapat pertentangan yang banyak di dalamnya.

3.Makrifah yang dikurniakan oleh Allah Taala di hati orang yang beriman,sehingga seakan-akan ia melihat Tuhannya dengan mata kepalanya.Nabi ketika ditanya oleh Jibril,apakah ihsan?Beliau menjawab:

“Hendaklah kamu beribadah kepada Allah seakan-akan kamu melihatNya,jika kamu tidak dapat melihatNya,maka sesungguhnya Dia melihat kamu.”

Maka,hendaklah kita ketahui bahawa Allah sahaja yang berhak disembah kerana Dia berhak.Bukan bererti setiap yang disembah itu Rabb,tuhan-tuhan selain Allah yang dianggap tuhan oleh penyembahnya,bukan Rabb kerana Rabb adalah Pencipta,Pemilik,dan Pemelihara segala urusan,dan Dialah satu-satunya yang berhak disembah kerana Dia satu-satunya Pencipta.

_________________________________________________________________________________________
Sumber rujukan:
1.Syarah Tsalatsatul Ushul Mengenal Allah,Rasul & Dinul Islam
2.Ilmu Dalam Pemahaman Kaum Sufi

Hubungan manusia dengan pencipta




Sebagai umat islam,hubungan seseorang itu dengan pencipta kita iaitu Allah amatlah perlu dititikberatkan dalam menjalani liku-liku kehidupan sebagai seorang hamba Allah yang beriman.

Adakah kita sebagai abdi-Nya akrab dan dekat dengan-Nya?
Tepuklah dada dan tanyalah iman..

Keakraban dengan Allah merupakan wasilah untuk memperoleh qurb (kedekatan) kepada Allah kerana ia merupakan kesucian kalbu dari selain Allah.Apabila kalbu suci dari selain Allah,maka dia hadir bersama hamba kerana tidak ada di antara hamba dan Dia selain tirai dirinya dan a’radh dirinya,serta mengetahui seluruh alam ini tegak dengan kekuasaan Allah.

Penyair menyatakan:
Akrb dengan Allah tidak berisi kebatilan
Siapa yang tertipu tidak dapat menggapainya dengan kekuatan
Orang yang akrab dengan-Ny,semua orang-orang mulia
Mereka ikhlaskan amalan kerana Allah.

Para Arif,keadaan mereka tumbuh dari kedekatan kepada Allah.Adapun para Abrar (orang-orang soleh dan bertaqwa)mereka tumbuh dari pegangan imu mereka tentang eksistensi Tuhan secara mutlak bersama pengetahuannya tentang kekuasaan-Nya mencegah,memberi,membahagiakan dan menyusahkan.Para Arif memandang Tuhan mereka di dunia dengan mata keyakinan dan mata batin dan di akhirat mereka memandang-Nya dengan pandangan mata.Allah dekat dengan mereka di dunia dan di akhirat.

Allah berfirman kepada Nabi-Nya S.A.W,
“…sujudlah dan dekatkanlah dirimu kepada Tuhan (surah al-A’laq:96)
Dalam sebuah hadis pula ada meriwayatkan bahawa keadaan hamba yang paling dekat dengan Tuhannya adalah dalam sujud.Apabila orang yang bersujud diberi rasa sujud,maka dia mendekat.Hal itu disebabkan dia bersujud dan dengan sujudnya di melipat bentangan alam yang telah dan akan ada

Sebahagian ulama sufi berkata:Sesungguhnya saya tidak menemukan kehadiran,lalu saya katakan,”Ya Allah” atau “Ya Rabbi”:saya mendapati hal itu lebih berat bagiku daripada gunung.”Ada yang bertanya,”Mengapa demikian?”Dia menjawab,’Kerana seruan itu disampaikan dari belakang tabir.Apakah engkau melihat seseorang memanggil orang yang telah berada didekatnya?Semata-mata itu merupakan isyarat,pengawasan,rayuan dan perkataan lemah-lembut”.Inilah yang disifatkan sebagai maqam agung yang didalamnya terwujud qurb.

Al-Junayd berkata,”Sesungguhnya Allah SWT dekat dengan kalbu hamba-hamba-Nya menurut kadar kedekatan mereka kepada-Nya.

Maka,perhatikanlah,apakah yang dekat dengan kalbumu?

Haya’ juga adalah maqam pertama dari maqam al-Muqarrabin.Haya’ adalah menundukkan hati kerana malu kepada Allah seperti kelalaiannya dalam menunaikan hak-Nya.

Rasulullah s.a.w bersabda:”Bersikap malulah kamu kepada Allah dengan rasa malu yang sebenar-benarnya.”Para sahabat berkata,Wahai Rasulullah,kami sudah merasa malu.”Lalu Rasulullah menjawab,”bukan begitu,melainkan barangsiapa malu kepada Allah dengan sebenar-benarnya,hendaklah dia menjaga kepala dan apa-apa yang difahaminya,menjaga perut dan isinya dan hendaklah ia mengingati mati dan bencana.Barangsiapa menghendaki akhirat,hendaklah dia meninggalkan perhiasan dunia.Maka barangsiapa mengerjakan hal itu,dia telah malu kepada Allah dengan sebenar-benarnya.

Sebahagian orang bijak berkata,”barangsiapa yang berbicara tentang rasa malu,tetapi tidak merasa malu kepada Allah dari apa yang dikatakannya,maka dia adalah mustadrij (penipu).

______________________________________________________________________________________
Sumber rujukan
1.Pilar-pilar Rohani
2.Syarah Tsalatsatul Ushul Mengenal Allah,Rasul &Dinul Islam

Wednesday, August 26, 2009

Taubat Seorang Manusia



Taubat Amalan Akal, Hati dan Jasad Manusia

Mari kita menghayati dan meneliti tentang taubat...

SAYID Qutub di dalam tafsirnya, Fi Zilal al-Quran berkata: ``Kemudian Allah mengingatkan mereka pula bagaimana Dia telah memelihara hidup mereka di padang pasir yang tandus, dengan mengurniakan makanan-makanan yang aneka cita rasa tanpa mereka berusaha dan bersusah payah, dan melindungi mereka daripada bahang padang pasir dan kepanasan matahari yang membakar dengan tadbir-Nya yang Maha Halus.

DAN KAMI TELAH MENAUNGI KAMU DENGAN AWAN (DARIPADA PANAS MATAHARI DI PADANG PASIR) DAN KAMI TURUNKAN KEPADA KAMU `MANNA DAN `SALWA', (SERTA KAMI BERFIRMAN): ``MAKANLAH MAKANAN-MAKANAN YANG BAIK YANG TELAH KAMI KURNIAKAN KEPADA KAMU. DAN TIDAKLAH MEREKA MENGANIAYA KAMI (SEBAB MEREKA KUFURKAN NIKMAT ITU), TETAPI SEBENARNYA MEREKA YANG MENGANIAYA DIRI SENDIRI.

DAN (KENANGKANLAH) KETIKA KAMI BERFIRMAN: ``MASUKLAH KAMU KE BANDAR INI, KEMUDIAN MAKANLAH BENDA-BENDA YANG ADA DI DALAMNYA DENGAN SEPUAS-PUASNYA, APA SAHAJA YANG KAMU SUKAI. DAN MASUKLAH KAMU MELALUI PINTUNYA DENGAN TUNDUK (MERENDAH DIRI); DAN (MINTALAH AMPUN DENGAN) BERKATA: ``YA ALLAH AMPUNILAH DOSA KAMI''. SUPAYA KAMI AMPUNKAN KESALAHAN-KESALAHAN KAMU, DAN KAMI AKAN TAMBAH PULA PAHALA ORANG-ORANG YANG BERBUAT BAIK. (Surah al-Baqarah ayat 57 dan 58).

Firman Allah Taala: Dan Kami telah menaungi kamu dengan awan (daripada panas matahari di padang pasir). Sayid Qutub berkata: ``Berbagai-bagai riwayat menerangkan bahawa Allah telah mengumpulkan awan-awan untuk memayungi dan meneduhkan mereka daripada kepanasan waktu tengah hari. Padang pasir tanpa hujan dan awan itu merupakan sebuah neraka yang amat panas, dan apabila adanya hujan dan awan, udaranya menjadi lembut menyihatkan badan dan jiwa.''

Ibn Jauzi di dalam Zad al-Masir berkata: ``Dinamakan awan kerana ia meliputi langit''. Maksud `ghamam' sebagaimana kata al-Mawardi dalam kitabnya, an-Nukat wa al-'Uyun: ``Iaitu awan sebagaimana pendapat Ibn Abbas.'' Dan pendapat yang kedua, iaitu yang didatangkan malaikat pada hari Badar. Inilah pendapat Mujahid.

Seterusnya firman Allah Taala: Dan Kami turunkan kepada kamu `Manna'. Sayid Qutub berkata: ``Begitu juga berbagai-bagai riwayat menyebut bahawa Allah telah membekalkan kepada mereka makanan (manna) yang boleh didapati di atas pokok-pokok kayu. Rasanya manis seperti madu.''

Ibn al-Jauzi menyebut lapan pendapat berhubung maksud `Manna':

1. Iaitu yang terdapat pada pohon kayu yang dimakan oleh manusia. Inilah pendapat Ibn Abbas, as-Sya'bi dan ad-Dahhaq.

2. Iaitu Taranjabin, sebagaimana riwayat Ibn Abbas juga, dan merupakan pendapat Muqatil.

3. Iaitu Samghah, sebagaimana pendapat Mujahid.

4. Ia seperti Rub yang keras, sebagaimana pendapat Ikrimah.

5. Ia merupakan sejenis minuman seperti pendapat Abu al-'Aliyah dan al-Rabi' bin Anas.

6. Ia adalah gandum yang sudah dikisar seperti jagung atau seperti Naqie yang halus, sebagaimana kata Wahab.

7. Ia adalah madu sebagaimana kata Ibn Zaid.

8. Ia adalah Zanjabil (halia) sebagaimana pendapat as-Suddi.

Mengenai `Salwa' pula, Ibn Jauzi menyebut dua pendapat:

1. Sejenis burung, dan kata sebahagian mereka, sama seperti burung summani, dan kata sebahagian mereka yang lain, ia adalah burung summani.

2. Ia adalah madu sebagaimana yang dinyatakan oleh Ibn al-Anbari.

Sayid Qutub berkata: ``Dan burung salwa boleh didapati dengan banyak dan mudah. Dengan awan yang meneduhkan dan bekalan makanan-makanan ini, mereka mendapat makanan-makanan yang baik dengan mewah dan tempat tinggal yang merehatkan. Allah telah mengurniakan makanan-makanan dan kedudukan yang baik kepada mereka, tetapi adakah mereka bersyukur dan menerima hidayah? Kenyataan akhir ayat ini membayangkan bahawa mereka telah bertindak zalim dan mengkufurkan nikmat-nikmat Allah dan mereka telah menerima akibatnya.''

Firman Allah Taala: Dan (kenangkanlah) ketika Kami berfirman: Masuklah kamu ke bandar ini. Sayid Qutub berkata: ``Sesetengah riwayat menjelaskan bahawa negeri yang dimaksudkan di sini ialah Baitul Maqdis, iaitu negeri yang Allah perintahkan Bani Israel supaya memasukinya setelah mereka keluar dari Mesir dan supaya mereka mengeluarkan kaum `Amaliqah yang mendiami negeri itu, tetapi kaum inilah yang tidak berani dilawan oleh Bani Israel.

Al-Mawardi mengemukakan tiga pendapat yang dimaksudkan dengan kampung atau tiga negeri:

1. Bahawa ia adalah Baitul Maqdis. Inilah pendapat Qatadah dan ar-Rabi' bin Anas.

2. Bahawa ia adalah kampung di Kota Baitul Maqdis. Inilah pendapat as-Suddi.

3. Bahawa ia adalah Ariha, sebuah kampung yang berhampiran dengan Baitul Maqdis. Inilah pendapat Ibn Zaid. Berkata Al-Imam al-Baghawi dalam tafsirnya yang dikenali sebagai Ma'alim at-Tanzil bahawa Ibn Abbas berkata: ``Ariha merupakan kampung golongan Jabbarin. Padanya ada satu kaum daripada saki baki `Ad. Dipanggil mereka itu dengan nama al-'Amaliqah dan ketuanya ialah `Auj bin `Unuq.

Ada pendapat lain menyebut, tempat tersebut ialah Balqa', ada yang menyatakan Ramlah, Jordan, Palestin dan Tadammur seperti pendapat ad-Dhahhaq, sedangkan Muqatil pula berpendapat Ilya'. Ibn Kaisan berpendapat, Kota Syam.

Firman Allah Taala: Kemudian makanlah benda-benda yang ada di dalamnya dengan sepuas-puasnya, apa sahaja yang kamu sukai, iaitu makan dengan selesa dan mewah. Dan masuklah kamu melalui pintunya dengan tunduk (merendah diri), iaitu masuk ke pintu negeri tersebut dalam keadaan sujud kepada Allah sebagai lambang kesyukuran dan selamatnya kamu daripada kesesatan di padang pasir. Dan (mintalah ampun dengan) berkata: Ya Allah, ampunilah dosa kami, supaya Kami ampunkan kesalahan-kesalahan kamu.

Ada tiga pendapat mengenai perkataan `hittah':

1. Maknanya ialah minta ampunlah kamu semua, sebagaimana pendapat Ibn Abbas dan Wahab. Kata Ibn Qutaibah, ia merupakan kalimah yang semakna dengan istighfar.

2. Bahawa maknanya ialah, katakanlah perkara ini adalah hak dan sebenarnya sebagaimana dikatakan kepadamu. Inilah yang disebut oleh ad-Dahhaq daripada Ibn Abbas.

3. Maknanya ialah kalimah tauhid La ilaha illa Allah sebagaimana pendapat `Ikrimah.

Ibn Jarir at-Tabari berkata: ``Justeru makna katakanlah dan ucapkanlah kamu perkara atau kalimah yang boleh menggugurkan dosa-dosa kamu dan menghapuskannya.''

Dr. Yusuf al-Qardhawi di dalam kitabnya, Taubah Ila Allah (Taubat Kepada Allah) berkata: ``Taubat daripada segala dosa yang dilakukan oleh orang yang beriman semasa dalam perjalanan menuju keredhaan Allah adalah satu kefarduan agama. Ia diperintahkan di dalam al-Quran, dianjurkan oleh hadis serta disepakati oleh seluruh ulama tentang kewajipannya, sama ada ulama Mazhab Zahiriyyah, ulama Batiniyyah (Kebatinan), ulama fikah dan ulama suluk.

Sahl bin Abdillah at-Tustari pernah berkata: ``Sesiapa yang berkata bahawa taubat bukan perkara fardu, dia adalah kafir. Sesiapa yang redha dengan kata-katanya itu, dia juga kafir.'' Sahl bin Abdillah at-Tustari berkata lagi: ``Tidak ada sesuatu pun perkara yang wajib ke atas makhluk ini (manusia) lebih daripada taubat, dan tiada hukuman yang berat ke atas mereka lebih daripada kejahilan tentang taubat, sesungguhnya mereka tidak mengetahui tentang ilmu taubat.''

Hakikat taubat yang sebenar ialah amalan akal, hati dan jasad. Ia dimulakan dengan amalan akal kemudian diikuti dengan amalan hati dan membuahkan hasil, yakni kesan dengan amalan jasad. Justeru Al-Hasan al-Basri berkata: ``Taubat adalah penyesalan dengan hati, istighfar dengan lidah, meninggalkannya dengan anggota dan keazaman untuk tidak mengulanginya.''

Taubat menurut pentafsiran Imam al-Ghazali di dalam kitab Ihya' Ulumiddin adalah makna yang terangkum di dalamnya tiga unsur:

1. Ilmu.

2. Keadaan.

3. Amalan.

Perkara pertama iaitu ilmu merupakan kemestian bagi perkara kedua, perkara kedua merupakan kemestian bagi perkara ketiga. Kemestian ini berdasarkan ketentuan sunah Allah di dalam alam.

Firman Allah Taala yang bermaksud: Dan Kami akan tambah pula pahala orang-orang yang berbuat baik', iaitu Kami membalas sesiapa yang berihsan dengan sebaik-baiknya, dengan pahala yang besar dan balasan yang agung.
______________________________________________________________________
Sumber rujukan:
• Hasil karangan Dr.zulkifli Mohamad Al-Bakri dalam buku bertajuk kelebihan manusia.

Perkaitan Antara Manusia dengan Batu



Hati yang lupa berzikrullah lebih keras daripada batu

Assalamualaikum...

SYEIKH as-Sya'rawi berkata dalam tafsirnya: Kenapa Allah menyebut hati dan menyifatkannya dengan keras, di samping tidak menyebut berkenaan jiwa atau nafsu?

Ini kerana hati merupakan tempat yang lembut, rahmat, kasih sayang dan lain-lain. Apabila kita mengisi hati kita dengan banyak zikrullah, nescaya ia memenuhi rahmat dan kasih sayang.

Hati merupakan anggota yang menentukan segala permasalahan hidup. Jika ia dimakmurkan dengan keyakinan dan iman, sudah tentu segala anggota akan mengikut dengan penuh keimanan. Untuk kita melihat betapa kuat, kuasa dan luasnya hati dengan keimanan, Allah Taala menjelaskannya dalam Surah az-Zumar ayat 23 yang bermaksud:

Allah telah menurunkan perkataan yang paling baik iaitu al-Quran yang serupa (nilai ayat-ayatnya) lagi berulang-ulang, gementar kerananya kulit orang-orang yang takut kepada Tuhannya, kemudian menjadi tenang kulit dan hati mereka pada waktu mengingati

Allah. Itulah petunjuk Allah, dengan kitab itu Dia menunjukkan siapa yang yang dikehendaki-Nya. Dan sesiapa yang disesatkan Allah, maka tidak ada seorang pun pemberi petunjuk baginya.

Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya:

Ketahuilah bahawa pada jasad terdapat segumpal darah, apabila elok nescaya eloklah seluruh jasad dan apabila rosak, maka rosaklah seluruh jasad. Ketahuilah bahawa itulah hati.

Kalaulah begitu, hati merupakan tempat cahaya keyakinan dan keimanan. Sebagaimana iman boleh bertapak dalam hati, begitu juga kekerasan dan kekufuran juga boleh bertapak dalam hati. Hati yang lupa untuk berzikrullah akan menjadi keras, kenapa? Ini kerana ia beriktikad bahawa tiada di sana kecuali kehidupan dunia sahaja dan maddi

(kebendaan).

Justeru, ia cuba mendapatkannya semampu mungkin dan dengan apa cara sekalipun sehingga melangkaui hak-hak dengan melakukan kezaliman, kerosakan dan mengambil hak mereka yang daif. Inilah puncanya.

KEMUDIAN SESUDAH ITU, HATI KAMU JUGA MENJADI KERAS SEPERTI BATU, BAHKAN LEBIH KERAS LAGI. PADAHAL DI ANTARA BATU-BATU ITU ADA YANG TERPANCAR DAN MENGALIR AIR SUNGAI DARIPADANYA; DAN ADA PULA DI ANTARANYA YANG PECAH-PECAH TERBELAH LALU KELUAR MATA AIR DARIPADANYA; DAN ADA JUGA DI ANTARANYA YANG JATUH KE BAWAH KERANA TAKUT KEPADA ALLAH; SEDANGKAN ALLAH TIDAK SEKALI-KALI LALAI DARIPADA APA YANG KAMU KERJAKAN. (Surah al-Baqarah ayat 74)

Firman Allah Taala: Kemudian sesudah itu, hati kamu juga menjadi keras sehingga kamu tidak dapat menerima sebarang peringatan dan tazkirah selepas melihat mukjizat yang nyata lagi terang.

Abu al-Laith meriwayatkan dengan sanadnya daripada Abu Darda' r.a. bahawa dia mendengar Salman al-Farisi r.a. mahu membeli seorang hamba sebagai khadam, lantas beliau menulis surat kepada Salman. Di antara isinya:

"Wahai saudaraku, gunakanlah masa hidupmu untuk kepentingan ibadat sebelum tiba bala yang menyebabkan kamu tidak dapat beribadat, dan gunakanlah kesempatanmu untuk mendapat berkat doa daripada orang yang menderita bala, dan rahmatilah anak yatim, usaplah kepalanya dan berikan makanan kepadanya supaya lembut hatimu dan terlaksana hajatmu.

"Wahai saudaraku, saya pernah menyaksikan ketika Nabi s.a.w. didatangi seseorang yang mengeluh kerana berasa keras hatinya, maka sabda Nabi s.a.w.: 'Adakah kamu mahu supaya hatimu menjadi lembut dan diperkenankan hajatmu?' Jawabnya: 'Ya.' Sabda Nabi s.a.w.: 'Rahmatilah anak yatim dan usaplah kepalanya, dan berikanlah makanan kepadanya, nescaya akan lembut hatimu dan tercapai hajatmu.'

"Saudaraku, jadikan masjid seperti rumahmu, kerana sesungguhnya saya telah mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: Masjid-masjid itu sebagai rumah orang-orang bertaqwa, dan Allah telah menjamin orang-orang yang menjadikan masjid itu seperti rumahnya dengan kelapangan hati, kesenangan, kepuasan serta mudah menyeberangi titian sirat dan selamat daripada api neraka dan segera menuju keredhaan Allah Taala."

Demikianlah iktibar yang dapat diambil daripada tulisan Abu Darda' kepada sahabatnya tentang betapa isu keras hati menjadi perkara utama dibahaskan oleh Rasulullah s.a.w. dan para sahabat.

Seperti batu bahkan lebih keras lagi: Sebahagian hati sama seperti batu dan sebahagian yang lain lebih keras daripada batu seperti besi. Ini kerana di antara batu-batu itu ada yang terpancar dan mengalir air sungai daripadanya; yang begitu banyak air dan ada pula di antaranya yang pecah-pecah terbelah, lalu keluar mata air daripadanya; dan daripada batu yang pecah kerana takut kepada kebesaran Allah sehingga keluar air.

Syeikh an-Nasafi dalam tafsirnya, Madarik at-Tanzil, berkata: "Bahawa ia merupakan penerangan betapa kerasnya hati mereka berbanding batu. Kerana batu yang pejal tersebut boleh mengeluarkan air yang banyak, sedangkan hati akan menjadi gersang dan kering.

"Di samping itu, sebahagian batu gugur dari puncak gunung semata-mata kerana berasa takut dan gerun kepada Allah.

"Ia sentiasa mengikut fitrah Allah, sedangkan hati tidak tunduk dan patuh kepada segala yang diperintahkan."

Dan ada juga di antaranya yang jatuh ke bawah kerana takut kepada Allah; ada yang jatuh dari gunung-ganang kerana takut kepada Allah, sedangkan kamu wahai Yahudi tidak memberi kesan dan tidak takut kepada Allah: Ia sebagaimana firman Allah Taala dalam Surah al-Hasyr ayat 21 yang bermaksud:

Kalau sekiranya Kami menurunkan al-Quran ini kepada sebuah gunung, pasti kamu akan melihatnya tunduk terpecah belah disebabkan takut kepada Allah. Dan perumpamaan-perumpamaan itu Kami buat untuk manusia supaya mereka berfikir.

Sedang Allah tidak sekali-kali lalai daripada apa yang kamu kerjakan. Dan pasti Allah membalasnya pada Hari Kiamat: Iaitu ingatlah bahawa Allah Taala tidak terlepas pandang sesuatu pun dan Maha Mengetahui atas setiap perbuatanmu dan pasti kamu bertemu dengan-Nya pada Hari Kiamat serta amat berhajat dengan segala rahmat dan keampunan-Nya.

Justeru, jangan sekali-kali menjadikan hatimu keras sehingga dibuang daripada mendapat rahmat Allah sebagaimana sunyi hatimu daripada zikrullah.

Sayid Qutub berkata: "Apabila hati mereka dibandingkan dengan batu, tiba-tiba hati mereka lebih kering dan lebih keras lagi daripada batu."

Batu yang dibandingkan dalam ayat ini ialah batu yang pernah diketahui mereka sebelum ini kerana mereka telah melihat batu yang mengalirkan dua belas mata air, dan mereka juga melihat batu-batu bukit bergegar apabila Allah bertajalli di bukit itu dan Musa a.s. rebah pengsan, tetapi hati mereka tidak juga lembut dan tidak juga melahirkan degup takut dan taqwa.

Hati mereka terus keras, pejal, kering dan kafir. Oleh sebab itulah al-Quran menyebut ancaman ini kepada mereka.
_____________________________________________________________________________________
Sumber rujukan:
• Sumber penulisan dari Dr.Zulkifli Mohamad Al-Bakri dalam buku bertajuk kelebihan manusia.

Makhluk yang bergelar manusia wajib ada hati yang ikhlas hanya kerana Allah



Manusia memiliki Hati. Dan hati ini amat penting. Andai baik sekeping hati ini, maka baiklah seluruhnya. Dalam menuntut ilmu, Hati berperanan penting dalam keikhlasan menerima ilmu hanya kerana Allah. Iaitu amat-amat mengharapkan keredhaan dari Allah. Mari kita sama-sama melihat pengisian tentang menuntut ilmu...

Menuntu ilmu perlu ikhlas kerana Allah…

ADAB menuntut ilmu hendaklah ikhlas dan diniatkan dalam hati kerana Allah. Apabila seseorang menuntut ilmu hanya untuk mendapatkan gelaran, kedudukan atau ingin menjadi orang dipandang, maka Rasulullah SAW memberi peringatan.
Baginda SAW bersabda yang bermaksud:

“Barang siapa menuntut ilmu yang dipelajari hanya kerana Allah sedangkan ia tidak menuntutnya kecuali untuk mendapatkan mata benda dunia, ia tidak akan mendapat bau syurga pada hari kiamat.” (Hadis riwayat Ahmad, Abu Daud dan Ibnu Majah)

Jika ada yang berhajat menuntut ilmu untuk mendapatkan syahadah (sarjana muda atau doktor falsafah) kerana menjadi peraturan yang tertulis hanya mereka yang memiliki pendidikan tinggi boleh menyampaikan atau mengajar ilmu, niat itu termasuk dalam niat yang benar.

Menuntut ilmu dengan niat untuk menghilangkan kebodohan diri dan selepas memiliki ilmu kita harus mengajarkan kepada orang lain untuk menghilang kebodohan daripada diri mereka. Mengajarkan kepada orang lain itu dengan pelbagai cara membolehkan orang lain mendapat manfaat ilmu kita.

Apakah disyaratkan untuk memberi manfaat kepada orang lain kita perlu duduk di masjid atau memberi manfaat dengan ilmu itu pada setiap saat? Jawapan yang benar adalah yang kedua kerana Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Sampaikanlah dariku walaupun cuma satu ayat.” (Hadis riwayat Bukhari)

Imam Ahmad berkata: “Ilmu tidak ada bandingannya apabila niatnya benar. Muridnya bertanya: Bagaimanakah yang demikian itu? Beliau menjawab: ia berniat menghilangkan kebodohan daripada dirinya dan orang lain.”

Menjadi keharusan bagi penuntut ilmu berniat menuntut ilmu untuk membela syariat kerana kedudukan syariat sama dengan pedang jika tidak ada seseorang menggunakannya ia tidak bererti.

Penuntut ilmu harus membela agamanya daripada hal yang menyimpang daripada agama. Perkara itu hanya boleh dilakukan jika seseorang itu memiliki ilmu yang benar, sesuai petunjuk al-Quran dan as-Sunnah.

Apabila ada perbezaan pendapat, hendaknya penuntut ilmu menerima perbezaan itu dengan lapang dada selama perbezaan itu pada persoalan ijtihad, bukan akidah kerana persoalan akidah adalah masalah yang tidak ada perbezaan pendapat di kalangan salaf.

Berbeza dalam masalah ijtihad, perbezaan pendapat sudah ada sejak zaman sahabat, bahkan pada masa Rasulullah SAW masih hidup tetapi jangan sampai menghina atau menjelekkan orang lain yang kebetulan berbeza pendapat dengan kita.

Mengamalkan ilmu yang diperoleh termasuk adab terpenting bagi penuntut ilmu kerana amal adalah buah daripada ilmu, baik akidah, ibadah, akhlak mahupun muamalah. Orang yang memiliki ilmu seperti orang memiliki senjata yang tidak akan ada gunanya kecuali diamalkan (digunakan).

Kebenaran dan sabar termasuk adab paling penting bagi kita sebagai penuntut ilmu. Mencari kebenaran daripada berita yang sampai kepada kita yang menjadi sumber hukum. Ketika sampai kepada kita sebuah hadis misalnya, kita harus meneliti lebih dulu kesahihan hadis itu.

Jika menemui bukti bahawa hadis itu sahih, berusaha lagi mencari makna (pengertian) hadis itu.

Tuesday, August 25, 2009

Kemuliaan akal manusia



Kemuliaan akal insan teristimewa...

Makhluk istimewa(manusia) mempunyai sesuatu yang sangat mulia disisiNya iaitu akal. Akal manusia dapat menjadikan manusia itu seorang yang sangat luas ilmunya jika dimanfaatkan akalnya seluas-luas penggunaan.
Mari kita lihat ayat-ayang yang menggambarkan betapa mulianya orang-orang yang berilmu disisiNya.
Firman Allah dalam Al Quran :
“ Allah bersaksi bahawasanya tidak ada tuhan melainkan Allah, Yang menegakkan keadilan. Para malaikat dan orang-orang berilmu (juga ikut bersaksi). Tiada tuhan melainkan Dia, yang Maha perkasa lagi Maha bijaksana.” (Ali imran : 18 )
Perhatikanlah, Allah menyebut diriNya dahulu, kemudian diikuti dengan para malaikat kemudian ORANG BERILMU. Lihat betapa tingginya darjat,mulia, kehormatan yang tinggi orang berilmu disisi Allah.
Mari kita lihat pula firman Allah yang lain:
“ ...pastilah Allah akan meninggikan orang-orang yang beriman di antaramu, dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan, beberapa darjat.” ( Al-mujadilah : 11 )
“ katakanlah, adakah sama: orang-orang yang mengetahui dan orang-orang yang tidak mengetahui?” ( Az-zumar ; 9 )
Mari kita sama-sama merenungi dan menghayati sabda insan yang paling mulia di sisi Allah ( Rasulullah s.a.w ) bersada:
“ sebaik-baik manusia adalah seorang beriman yang berilmu : yang apabila diperlukan, selalu siap memberikan manfaat ; dan apabila tidak diperlukan, ia cukup disibukkan oleh dirinya sendiri ( yakni tidak pernah mengganggu sesiapapun ).
Jika kita betul-betul menghayati sabda rasulullah ini, pasti ia akan menjadi motivasi kepada diri kita dalam kehidupan seharian.
Sabda nabi lagi :
“ Iman itu dalam keadaan bertelanjang, sedangkan pakaiannya adalah takwa, hiasan dirinya adalah rasa malu, manakala buahnya adalah ILMU.”
Lihat, betapa pentingnya ilmu dalam kehidupan manusia. Banyak lagi sabda-sabda nabi yang tidak saya kemukakan di sini. Insya Allah lampiran seterusnya akan saya kemukakan lagi sabda-sabda nabi tentang kemuliaan ilmu yang wajib ada dalam diri manusia.
__________________________________________________________________________________
Rujukan :
1) Ilmu dalam pemahaman kaum sufi Al-Ghazali.
2) Pilar-pilar rohani.
3) Syarah tsalatsatul usul, mengenal Allah, Rasul dan dinul islam.

kata-kata ucapan

Assalamualaikum w.b.t...

sahabat-sahabat sekalian...
mari kita sama-sama mengenal apa itu makhluk teristimewa yang saya maksudkan.
Adakah kita tahu bahawa makhluk itu adalah kita semua?
pastikan kita menjawab 'ya' bagi soalan semudah ini.
mari kita semua buktikan bahawa betap istimewanya kita diciptakan oleh Allah subhanahu wata'ala. kita sebagai makhluk ciptaanNya wajib bersyukur dengan Pencipta kita.

bagaimanakah cara untuk kita bersyukur?

al-insan






Makhluk teristimewa yang saya maksudkan di sini adalah manusia...




Manusia? Apakah manusia?



Manusia ialah...



Dalam diri seseorang insan yang digelar manusia mempunyai 4 elemen yang sangat penting. Tersebut adalah:



1) Nafsu
2) Roh
3) Hati
4) Akal




Mari kita lihat apa yang dikatakan dengan nafsu...



HATI



Hati memiliki 2 makna:
Pertama, daging berbentuk kerucut yang tersimpan di bahagian kiri dada. Di dalamnya terdapat rongga yang berisi darah hitam. Ini merupakan sumber roh hewani.
Kedua, luthf rabbani rohani. Ia memiliki hubungan dengan hati yang bersifat jasmani sama seperti hubungan a’aradh (accident) dan jisim, serta hubungan sifat dan yang disifati. Luthf merupakan hakikat manusia yang mengenali, mengetahui, yang diajak bicara, yang dituntut, yang diberi pahala, dan disiksa.



ROH (ar-Ruh)



Berkaitan dengan maksud roh, roh memiliki 2 makna:
Pertama, benda lembut, seperti udara yang dibawa darah hitam. Sumbernya adalah rongga hati jasmani. Dengan perantaraan pembuluh darah, ia menyebar ke bahagian-bahagian tubuh dan mengalir di dalam tubuh sehingga melimpahkan cahaya kehidupan. Rasa, penglihatan, pendengaran, dan penciuman yang dihasilkan oleh anggota-anggota tubuh sama seperti limpahan cahaya lampu di sudut-sudut rumah.
Kedua, luthf yang mengenali dan mengetahui dalam diri manusia. Ia merupakan salah satu dari dua makna hati. Itulah yang dimaksudkan Allah di dalam firman-Nya:
“ roh itu termasukurusan Tuhanku” (surah al-isra’:85)
Roh merupakan suatu keajaiban rabbani: akal dan pemahaman tidak sanggup mengenali dan memahami hakikatnya.



NAFS (an-nafs)



Nafs merupakan gabungan dari dua makna (polisemi):
Pertama, yang menghimpun dua kekuatan amrah dan syahwat dalam diri manusia. Penggunaan kata ini sudah lazim di kalangan sufi. Mereka megertikan nafsu sebagai asal yang menghimpunkan sifat-sifat tercela manusia. Mereka mengatakan, “merupakan keharusan melawan nafsu dan mengendalikan syahwat.” Hal ini ditunjukkan oleh sabda Rasulullah saw: “musuhmu yang paling besar adalah nafsumu yang berada dalam dirimu.”
Kedua, luthf yang telah kami sebutkan, iaitu hakikat, diri, dan esensi manusia. Namun, nafs ini disifati dengan berbagai sifat yang berada menurut perbezaan halnya. Jika ia tunduk di bawah perintah hingga hilang kegelisahan kerana menjauhi syahwat, ia dinamakan jiwa yang tenang (an-nafs al-muthma’innah).
“ wahai jiwa yang tenang, kembalilah kepada tuhanmu. (al-fajr:27-28)
Nafsu, dalam pengertian pertama tidak diperintahkan kembali kepada Allah s.w.t kerana ia jauh dari Allah s.w.t dan anggota partai setan. Jika nafsu tidak ditundukkan tetapi menjadi penolak nafsu syahwat, ia dinamakan an-nafsu al-lawwaamah.akan tetapi, jika nafsu meninggalkanperlawanan dan tunduk pada tuntutan syahwat dan panggilan setan maka dinamakan an-nafsu al-ammaarah bi as-su’ (nafsu yang sentiasa menyuruh kejahatan).



AKAL (al-‘Aql)



Akal memiliki dua maksud:
Pertama, pengetahuan tentang hakikat segala sesuatu. Merupakan sifat pengetahuan yang tempatnya adalah khazanah kalbu.
Kedua, pengenalan pentang berbagai ilmu. Akal adalah kalbu. Lutfh, yang merupakan hakikat manusia, dalam Al-Quran sunnah juga dipakai untuk menyebut al-qolbu. Jadi, akal dalam al-quran dan sunnahang dimaksud di siniadlah sesutu yang dipakai manusia untuk memahami dab mengenal hakikat segala hal. Kadang-kadang ia diibaratkan sebagai kalbu jasmani yang berada di dalam dada, kerana diantara iadan lutfh terdapat hubungan khusus. Hal itu disebabkan hubungan lutfh dangan anggota badanlainnya hanya dengan perantaraan kalbu jasmani. Jadi, kalbu jasmani merupakan kerajaan,tunggangan, dan tempat aliran pertama bagi peraturan dan tindakan lutfh. Jadi, hati jasmani dan dada bagi manusiaseperti arasy dan al kursiy bagi Allah s.w.t dari satu sisi.
Di atas adalah eleman-eleman yang terdapat dalam diri seorang insan yang bergelar manusia... wahai sahabat-sahabat mari pula kita sama-sama megkaji pula tentang kelebihan-kelebihan seperti kemuliaan, hakikat dan pengertian tentang AKAL manusia.